Hey Guest.  Log in now(149)
About Us

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah. Syukur pada Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan izinNya lahirlah jenama Eliss yang berasaskan bahan-bahan semulajadi khas untuk penjagaan luaran dan dalaman untuk anda tampil lebih jelita secara alami.

Eliss diasaskan oleh Pn Suhaili Binti Mohd Zain (Pn Sally) dan suami En Ahmad Sabri Ahmad Bin Ahmad Nadzri (En Sabri). Jenama Eliss didaftarkan dan mendapat TradeMark pada 9 September 2014. Pada 21 November 2014, produk pertama keluaran Eliss dipasarkan iaitu Eliss Natural Tropical Collagen. 

Nama 'Eliss' dipilih kerana ia ringkas dan bersesuaian dengan produk kesihatan dan kecantikan yang mempunyai ciri-ciri Eksklusif Lahiriah Indah Secara Semulajadi. Dari sudut komersil ia kelihatan ringkas, 'catchy' dan bersesuaian untuk pasaran tempatan, dalam dan juga luar negera.

 

Eliss mempunyai 9 produk utama iaitu:

1. Eliss Natural Tropical Collagen 
2. Eliss Natural Long Lasting Lipstick
3. Eliss Natural Advanced Face Serum
4. Eliss Natural Foam Cleanser
5. Eliss Diamond Shine UV Foundation
6. Sabsmen Foam Cleanser (Pencuci Muka Lelaki)
7. Leptos - slimming (wanita)
8. Qufast - slimming (lelaki)
9. MarGna - produk dalaman wanita
 

Rangkaian produk Eliss berasaskan bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang terlarang. Semua produk merupakan kajian saintis tempatan dan mendapat kelulusan KKM. Eliss sangat menitik beratkan kualiti dalam setiap penghasilan produknya.

Berasaskan kesediaan yang simple dan natural, Eliss mengeluarkan produk yang memudahkan semua pengguna. Ia mengetengahkan produk yang natural dan efektif dalam menjaga kecantikan diri.. dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Produk yang mudah dan berkesan adalah impian setiap wanita. Tampil jelita dengan tidak perlu ber'makeup' tebal dan menghabiskan masa berjam-jam di depan cermin untuk kelihatan lebih cantik.

Alhamdulillah... Kesemua produk dihasilkan dengan kajian yang terperinci dan sudah pasti kawalan kualiti yang terjaga. 

Jika ada sebarang cadangan dan komen, saya sangat mengalu-alukan. Jika ada kekurangan khabarkan pada saya.. jika anda berpuas hati khabarkan pada teman-teman semua. Semoga anda semua berpuas hati dengan produk keluaran ELiSS kerana ia hasil ikhlas dari saya untuk anda semua..

Salam sayang dari Pengasas,

Pn Sally & En. Sabri.

 



Profil Suhaili Mohd Zain (Pn Sally)

Usia: 37 tahun
Asal: Rantau Panjang, Kelantan
Menetap: Selangor
Pekerjaan: Pengasas Eliss (Health & Beauty Product)
.
Nama suami: En. Ahmad Sabri Ahmad Sabri
Pekerjaan suami: Pengarah Urusan Excellent Commerce Enterprise
.
Anak: Adelina Khayra & Arissa Khayra
.
Pendidikan:
- 2002 : Diploma in Computer Science (UiTM)
- 2004 : BSc (Hons) Business Computing (UiTM)
- 2012 : Master in Business Administration (UUM)
.
Kerjaya:
- 2006 : System Development Engineer (VirtualLink Solutions (M) Sdn Bhd)
- 2007 : Programmer in Information & Techology Department (BSN)
          : Corporate Branding Senior Executive in Corporate Communication 
             Department (BSN)
          : IT Auditors in Audit Department (BSN)
- 2014 : Founder of Eliss (Health & Beauty Product)
          : Speaker for Fb Ads Marketing (Eliss Products) 
.
Pencapaian:
- Speaker for products at Kelantan FM Radio (LIVE) - 2014
- Speaker for 1st Batch IM Coaching Clinic by ELISS (22 Aug 2015) - KL
- Speaker for 2nd Batch IM Coaching Clinic by ELISS (4 & 5 Dec 2015) - Vistana Hotel, KL
- Speaker for 3rd Batch IM Coaching Clinic by ELISS (22 & 23 Feb 2016) - Grand Bluewave Hotel, Shah Alam
- Speaker for 4th Batch IM Coaching Clinic by ELISS (18 & 19 Mac 2016) - Hotel Perdana, Kota Bharu