LEPTOS FLUSH

Sorry, we are out of stock
DETAILS

MENGAPA PENTING MEMBUAT DETOX?
Pembersihan kolon adalah penting dalam proses detoksifikasi kerana racun-racun dan kerak usus perlu keluar dari badan, dan kolon yang kotor boleh menyebabkan kotoran tersebut dikitar semula ke dalam badan.


Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk BURN FAT, yang membawa kepada WEIGHT GAIN. Diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi adalah penyakit yang akan hadir sekiranya organ badan tidak berfungsi dengan baik. Proses detoks akan mengeluarkan toksin yang disimpan dalam sel-sel lemak dan meningkatkan metabolisme

1. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Leptos Flush?

Ia mengandungi 5 bahan utama yang fokus kepada sistem pelawasan, melembutkan najis, mengempiskan perut, membersihkan usus dan pembuangan toksin:

**Pati Anggur 
•    Mengandungi selulosa dan asam organik yang mampu bersifat laksatif(julap) bagus untuk penghadaman dan pelancaran pembuangan air besar.
•    Mengatur dan menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh
•    Sifat antioksidan yang membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad


**Lemon 
•    membantu proses kelancaran detoksifikasi di dalam tubuh.
•    membersihkan usus dari sisa makanan, bakteri, dan virus.
•    mengempiskan perut dengan menghakis lemak degil yang menempil di dinding usus
•    bertindak sebagai diuretik untuk mengelakkan kembung perut
•    meningkatkan metabolisma badan

 

**Psyllium Husk 
•    kaya serat alami serta dapat turunkan kolesterol serta gula darah tinggi.
•    ia adalah serat yang dapat mengembang, menyerap air serta memperlancarkan gerakan usus supaya kembali normal.
•    pelancar ketika buang air besar hingga menyehatkan usus besar.
•    menurunkan kolestrol
•    menghindar diabetes dengan membantu pelepasan insulin kedalam aliran darah, serta melindungi peningkatan gula dalam darah

 

**Senna (Daun Gelenggang) 
•    bahan laksatif (julap) yang bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar.
•    Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit.
•    membantu mencuci kerak usus dan merawat sembelit.
•    merawat Gastrik dan mengatasi radang perut
•    meneutralkan racun dalam perut
•    menjaga metabolisma badan
•    mencegah kembung perut
•    anti buasir
•    anti cacing

 

**Asid Askorbik - Vitamin C
- Asid organik yang membantu melancarkan sistem pencernaan
- Ia adalah agen preservatif kepada buah-buahan dan tumbuhan di dalam Leptos Flush
- Ia membantu mengawal keasidan, berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengekalkan warna dan kesegaran bahan.
- Ia tidak menyebabkan ulser gastrik,walaupun mempunyai enzim,tetapi ia boleh membantu
 penyembuhan ulser. 
- Membantu pengeluaran toksin
- Membentuk kolagen dengan meransang pembentukkan kolagen. di mana kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.oleh itu ia mampu menghalang kedutan berlaku dengan cepat dan tisu otot dan kulit menjadi lembik.
- Memperbaiki simptom pendarahan
- Memerangi kanser
- Mencantikkan kulit
- Meningkatkan sistem imun badan.
- Memperbaikki Insomnia
- Mengekalkan kolestrol sihat
- Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah


2. Apakah kebaikan ambil Leptos Flush?
•    Masalah sembelit akan hilang
•    Pembuangan air besar lancar, tidak memulas seperti sesetengah produk detox lain.
•    Badan akan rasa ringan, berat badan makin berkurangan
•    Badan mudah berpeluh kerana itu adalah proses pembuangan toksin dan air berlebihan dalam badan
•    Membersihkan kerak usus anda.
•    Menghapuskan cacing-cacing dalam perut anda
•    Mengempiskan perut
•    Menguruskan badan
•    Menjaga kesihatan usus dan perut serta mengatasi buasir
•    Menghindarkan diri dari penyakit yang berpunca dari perut

 

3. Macam mana bentuk dan rasa dia?
Ia berbentuk serbuk. Perlu dibancuh dengan air. Berperisa raspberry yang masam manis. Sedap dan tidak memualkan.


4. Cara Pengambilan?

Campurkan 1 sachet Leptos Flush bersama dengan 300ml air sejuk. Goncang sebati dan minum. Seeloknya minum selepas sarapan ataupun selepas makan malam.
Diambil selepas makan.


Cadangan pengambilan LEPTOS FLUSH:
Untuk permulaan, diambil 3 hari berturut-turut untuk pembersihan usus dan perut secara menyeluruh. Kemudian boleh ambil 2 x seminggu.

Jika mengalami sembelit yang teruk, Leptos Flush boleh diambil selang 2 hari. Disarankan untuk mencuci usus 2x seminggu atau ketika mengambil makanan yang banyak.

 

5. Berapa lama tahan sekotak?
1 kotak mempunyai 8 sachet.
Untuk penggunaan 1 bulan sekiranya pengambilan 2x seminggu. 1 sachet seberat 22gram.

 

6. Berapakah umur yang ditetapkan untuk pengambilan?
12 tahun ke atas mengikut ketahanan badan seseorang.

 

7. Leptos Flush berasal daripada mana?Halal? Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
LEPTOS FLUSH merupakan produk Malaysia. Ia merupakan hasil kajian saintis Malaysia dan telah mendapat pengesahan KKM. Leptos Flush dikelaskan sebagai produk interfasa makanan-ubat oleh pihak KKM dan mendapatkan sijil kelulusan HALAL JAKIM. 

 

8. Boleh tak diambil bersama produk lain?
Memang tiada masalah diambil bersama produk/ubat lain. Selang 2 jam jika pengambilan ubat-ubatan hospital.

 

9. Apakah perbezaan Leptos dan Leptos Flush ?
Leptos adalah produk yang membakar kalori. Proses pembakaran kalori berlaku melalui pemindahan lemak ke tungku pembakaran yang dipanggil mitokondria dan lemak yang terbakar teroksida menjadi tenaga dan dibebaskan melalui sistem perpeluhan dan juga urine.

Leptos Flush pula adalah produk yang fokus kepada pembersihan usus dan perut. Ia akan mengeluarkan segala kerak usus dan lemak yang bertempel di usus dan perut serta melancarkan proses pencernaan. Hasilnya akan mengempiskan perut dan menghindarkan kita daripada segala penyakit yang berpunca daripada perut.
Pengambilan kedua-dua produk ini bersama sangatlah digalakkan untuk anda mendapatkan kesan yang optimum dalam proses pelangsingan badan anda. Kalori di bakar dan pembuangan pun lancar.

 

10. Ibu menyusu boleh ambil tak?
Boleh dan tidak mengeringkan susu dan juga tidak memberi impak kepada bayi.

 

11. Wanita mengandung atau berpantang boleh ambil Leptos Flush?
Tidak disarankan bagi wanita mengandung.
Semasa pantang sangat disarankan kerana ia membantu melembutkan najis dan memudahkan ibu-ibu membuang air besar

 

12. Boleh tak ambil Leptos Flush waktu datang bulan?
Boleh. Tiada masalah.

 

13. Bilakah saya dapat melihat kesannya?
Ia bertindak mengikut badan seseorang. Biasanya ia akan bertindak dalam masa 4-5 jam. Anda akan merasa sakit perut yang memberi isyarat untuk ke tandas. Proses pembuangan adalah secara terus dan tidak membuatkan pengguna sakit perut atau cirit birit.

 

14. Adakah terdapat kesan sampingan?
Tiada sebarang kesan sampingan yang memudaratkan dan selamat digunakan untuk jangka panjang. Anda akan merasakan:
•    Perut kempis dan lembik. Tidak mengeras dan membuncit
•    Rasa lega dan tidak mengah
•    Lawas dalam membuang dan tidak cirit birit atau memulas
•    Tingkatkan metabolisma
•    Bertenaga walaupun berpuasa
•    Tiada pening2 atau cirit birit berlaku.
•    Keadaan najis yang terlalu busuk pada 3 hari pertama pengambilan.

 

15. Adakah perlu diambil secara berterusan?
Leptos Flush adalah produk yang membantu mencuci usus dan perut anda. Ia bagus diamalkan 2x seminggu atau 1x seminggu. Atau di keadaan anda makan yang terlalu banyak. Jika anda rasa proses pencernaan berjalan lancar, anda boleh hentikan pengambilan pada bila-bila masa sahaja.

 

16. Pesakit kencing manis/darah tinggi boleh ambil tak?
Boleh dan sangat digalakkan. Ia tidak memudaratkan pesakit kencing manis dan juga darah tinggi.

 

17. Pengidap KANSER boleh ambil?
Boleh.

 

18. Pesakit gastrik boleh ambil?
Boleh. Tapi ambil selepas waktu makan malam dan tidak digalakkan mengambilnya di waktu pagi.

 

19. Pesakit jantung boleh ambil?
Boleh

 

20. Dimanakah tempat simpanan yang paling sesuai untuk Leptos Flush?
Di suhu bilik.

* Keputusan individu mungkin berbeza-beza

PHOTOS
back to top ⤴