TROPICAL COLLAGEN

Suplemen kesihatan yang diamalkan oleh mereka yang mengalamai masalah sakit tapak kaki, tumit, lutut, sendi dan lenguh-lenguh badan.
In Stock
Free Shipping
Add to Cart
DETAILS

"Alhamdulillah, bonda dah boleh jalan macam biasa. Kaki tak KEBAS, tak SENGAL dan dah tak menCUCUK bila bangun pagi. Kalau dulu nak bangun dari duduk pun masyaAllah, SAKIT-NYA" - Pn Zakiah, 52 tahun (Keramat, KL)

 

ANDA ADA MASLAH INI?

BISA TAPAK KAKI
KAKI MENCUCUK
SAKIT LUTUT
SAKIT TAPAK KAKI
BERAT BADAN BERLEBIHAN & TAK LAWAS
KENCING MANIS
MIGRAINE
BANYAK ANGIN DALAM BADAN
LUKA, KUDIS, 

 

Faktor penuaan membuatkan  penghasilan semulajadi kolagen dalam tubuh kita berkurang dari masa ke masa. Formula rendah kalori ini mengandungi pati bahan-bahan anti penuaan dan merangsang pengeluaran kolagen di dalam badan.

ETC adalah kolagen dengan rasa hebat campuran buah-buahan tropika dan dirumus khas dalam bentuk serbuk. Ia boleh diambil terus ke dalam mulut. ETC sesuai untuk  dewasa tanpa mengira usia, lelaki atau perempuan, tanpa mengira jenis kulit. Tiada kesan sampingan akan berlaku dari penggunaan jangka masa panjang.

 

1.    Apakah kandungan yang terdapat di dalam Eliss Tropical Collagen (ETC)?
Eliss Tropical Collagen mengandungi gabungan 8 bahan penting dalam kesihatan:

 

ELISS COLLAGEN mengandungi Astaxanthin 
-    Meremajakan sel kulit 
-    Sangat efektif dalam menjaga kelembapan.
-    Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
-    Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Serbuk Tomato 
-    Meningkatkan kesihatan jantung. 
-    Mengurangkan ‘platelet hyperactivity’ dan proses penebalan dinding arteri; 
-    Mengurangkan Sakit Sendi
-    Meningkatkan Kesihatan Mata dan Menghalang Penyakit Katarak
-    Mengandungi banyak vitamin A dan C
-    Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula dalam darah mereka di bawah kawalan
-    Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Acasia Gum / Gam Arab 
-    Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
-    Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman
-    Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Pine Bark Extract 
-    Ekstrak kulit pine telah terbukti membantu menurunkan kolesterol,
-    kurangkan risiko penyakit jantung, strokes, dan jugak masalah peredaran darah. 
-    merawat masalah bengkak urat dan masalah pembuluh darah.
-    merawat penyakit sendi, symptoms of PMS 
-    Efektif untuk anti-oxidant dan membantu melawaskan kencing serta menjaga buah pinggang
-    merawat kulit rosak akibat overexposure matahari
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Acerola Cherry Extract
-    Menghasilkan hormon yang bertindak sebagai anti-stress.
-    "asid chlorogenik" membantu mengurangkan kadar gula dan mengawal tahap glukos dalam darah pada pesakit Kencing Manis “Jenis-II diabetes mellitus.”
-    menyembuhkan masalah perut dan usus; seperti gastrik, sembelit, cirit-birit, muntah-berak, dan organ hati yang kurang sihat lemah atau hepatitis.
-    Anti-oksidan jenis ini juga membasmi mana-mana anasir kanser.
-    Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat.
-    Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Hydrolyzed Marine Collagen
-    Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.
-    Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
-    Meningkatkan 90%  kelembapan kulit 
-    Merawat molekul akar rambut dan kuku. 
-    Merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi dan sama ratakan tona & warna kulit. 
-    Melambatkan pembentukan kedutan dan garis-garis halus.
-    Merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.
-    Menegangkan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
-    Menguatkan tulang dan mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Marigold Flower ekstrak
-    Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-    Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
-    Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitive
.
ELISS COLLAGEN mengandungi Apple Stemcell
-    Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida
-    Melambatkan proses PENUAAN (anti – ageing), melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan melambatkan kedutan.
-    Sel-sel stem berfungsi untuk memperbaiki tisu badan yang rosak dan menggantikan sel-sel yang mati.
-    Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri.
-    Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

.
2.    Apakah kelebihan Hydrolyzed Marine Collagen ?
Kolagen terhidrolisis (hydrolyzed collagen) dihasilkan daripada kolagen marine melalui proses multi-state extraction. Ia ditulin-dipekat-di steril dan dikeringkan menjadi serbuk halus. Kajian makmal membuktikan pemakanan suplemen Hydrolyzed Collagen boleh merangsang badan menghasilkan collagen tersendiri.
.
Kelebihan Hydrolyzed Marine Collagen (kolagen marine terhidrolisis)
i.    Penyerapan tinggi - Kolagen biasa mempunyai saiz molekular antara 10,000 – 30,000 Dalton. Setelah melalui proses hidrolisis, saiznya menjadi lebih kecil iaitu kurang daripada 1000 Dalton. Dengan saiz molecular yang kecil, hydrolyzed Collagen mudah diserap oleh badan.
ii.    Supplemen kolagen terhidrolisis boleh merangsang badan menghasilkan lebih kolagen tersendiri.
iii.    Profil asid amino yang tinggi – proses hidrolisis boleh mengasingkan komponen lain daripada kulit ikan dan yang tinggal hanya rangkaian asid amino sahaja.
iv.    Tiada kolestrol dan lemak
v.    Halal daripada sumber ikan
.
3.    Adakah ETC sesuai untuk wanita sahaja?
TIDAK, ia mempunyai kesan yang sama juga untuk lelaki kerana manusia memerlukan kolagen untuk membentuk kulit, tulang, otot, tisu-tisu sendi dan organ-organ dalaman. Khasiat bahan lain juga baik untuk dalaman tidak kira lelaki atau wanita.
.
4.    Berapakah umur yang ditetapkan untuk pengambilan ETC?
Tiada penetapan umur yang khas. Kami menyarankan ia diambil oleh individu yang berumur 25 tahun ke atas sebagai supplement tambahan kerana penghasilan kolagen berkurangan setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Sel-sel mati dan toksin dalam badan berleluasa. 
Kehadiran toksin dan kekurangan collagen buatkan kita alami sakit dalaman,  bisa2 kaki dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
.
Walaubagaimana pun, individu yang mengalami masalah sampingan lain yang hendak mendapatkan manfaat daripada bahan2 yg terkandung di dalam ETC ini seperti masalah cirit birit, sakit sendi, masalah kulit dsb, ia boleh diambil seawall umur 12 tahun.
.
5.    ETC berasal daripada mana? Halal? Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
ETC merupakan produk Malaysia. Ia merupakan hasil kajian saintis Malaysia dan telah mendapat pengesahan Halal JAKIM. ETC dikelaskan sebagai produk interfasa makanan-ubat oleh pihak KKM dengan No Rujukan: 271014/09/282.
.
6.    Bagaimana bentuk ETC? Serbuk ke pil?
Ia merupakan serbuk pati collagen yg diambil terus ke dlm mulut dan tidak perlu dibancuh. Ia tiada bahan pemanis berlebihan yang boleh meninggikan kandungan kalori. Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis. ETC hanya 11kcal sahaja. Rendah kalori. Biasanya kebanyakan kolagen ada pemanis yang dijadikan bahan pelarut untuk memberikan rasa yang sedap bila ia dimasukkan ke dalam air, shake dan sebagainya. ETC tidak perlu semua itu. Anda hanya perlu Pati Kolagen. Kami hanya berikan pati sahaja dan tidak perlu bahan sampingan tambahan.
.

7.    1 kotak ada berapa sacet? Bagaimana cara pengambilannya?
 Satu kotak mempunyai 15 sachet untuk penggunaan 15 hari, jadi 2 kotak untuk sebulan. Ia serbuk pati collagen yg diambil terus ke dlm mulut. Kami cadangkan bgn tidur... basahkan tekak dgn sedikit air. Then ambil ETC terus ke dlm mulut sikit2 kemam dan telan. Minum air masak 2 gelas. ETC akan bertindak dengan enzim air liur kita. Tak perlu bancuh. Minum air yang mencukupi setiap hari adalah sangat penting dalam membantu proses detox seharian. Macam mana nak tahu air yang diminum mencukupi? Bila air kencing kita berwarna putih.
.
8.    Macam mana rasa ETC?
ETC adalah kolagen natural yang memberikan rasa buah-buahan tropical. Sangat sedap seperti vitamin kanak-kanak. 

9.    Boleh tak ETC diambil bersama produk lain?
ETC ni di ambil di awal pagi. Memang tiada masalah dgn ubat lain. Biasanya pengambilan produk lain atau ubat hospital jarakkan pengambilan selama 2 jam. Lagipun ia dr bahan-bahan natural dan tidak memudaratkan.
.
10.    Ibu menyusu boleh ambil tak?
Boleh. Malah kami mempunyai testimoni pengguna setelah mengambil ETC, susu badan mulai banyak. Kandungan ETC adalah semulajadi, no additive is added.
.
11.    Wanita mengandung boleh ambil ETC?
Secara amnya kolagen selamat diambil oleh kedua-dua wanita mengandung dan menyusukan bayi. Ini adalah kerana badan kita sememangnya mempunyai kolagen dan ia merupakan salah satu sumber protein. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilan produk ini buat sementara waktu kerana janin atau bayi yang baru lahir mungkin alah kepada kolagen yang diekstrak daripada sumber laut. Kami sarankan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
.
12.    Boleh tak ambil ETC waktu datang bulan?
Boleh. Tiada masalah. Ia membantu pelancaran darah juga.
.
13.    Bolehkah ETC dicampur air?
Kami tidak menyarankannya. ETC adalah pati kolagen yg diambil terus ke dalam mulut supaya dapat mengekalkan khasiatnya dan ia terus bertindak dengan enzim air liur kita. 
.
14.    Bilakah saya dapat melihat kesannya?
Ia berbeza bagi setiap individu bergantung kepada faktor umur, pemakanan dan juga tahap metabolism seseorang. Mengikut testimoni kami, ada yang memberikan tindaklbalas seawall 2 – 5 hari dan ada juga dalam 3 – 5 minggu. 
.
15.    Kebanyakan kolagen boleh menambahkan berat badan, adakah berat badan saya akan bertambah dengn ETC?
Tidak.  ETC hanya mempunyai 11kcal kalori. Pembuangan toksin dan rawatan masalah penghadaman boleh membantu anda menurunkan berat badan juga.
.
16.    Saya peminat kopi. Bolehkan saya minum kopi sekiranya saya mengambil ETC?
Boleh. tiada masalah.
.
17.    Adakah terdapat kesan sampingan?
Tiada sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Sekiranya anda mempuyai masalah toksin yang berlebihan, kemungkinan ada tindakbalas pemulihan spt pening dan sakit badan dalam 1 -2 hari. Ada juga yang tiada kesan ini. Bergantung kepada individu. Tetapi ia akan normal setelah proses pembersihan berlaku. Disarankan minum air yang mencukupi.
.
18.    Adakah perlu diambil secara berterusan?
Sekiranya telah baik, anda boleh berhentikan pengambilan pada bila-bila masa sahaja. Kita juga tidak mahu anda bergantung kepada produk sampai bila2. Tapi jika serasi dan nak teruskan sebagai supplement harian pun boleh.
.
19.    Pesakit cyst/fibroid/pcos boleh ambil tak?
Cyst/fibroid/pcos dan seangkatan dengannya tidak digalakkan untung mengambil sebarang collagen. Bukan sahaja Tropical Collagen ini malah mana2 produk collagen lain. Collagen adalah makanan Cyst/fibroid/pcos yang akan mempercepatkan lagi pertumbuhan.
.
20.    Pengidap KANSER boleh ambil ETC?
ETC mengandungi protein dr haiwan, so ia tidak digalakkan untuk mana2 pesakit kanser. Pesakit kanser tidak dibenarkan tetapi pengambilan ETC adalah prevention yang baik bagi menghalang kanser. Maknanya Dah Ada Kanser Tak boleh ambil, Yang Tak Ada boleh ambil untuk Prevention.
.
21.    Pesakit Hepatitis B boleh ambil ETC?
Hepatitis merupakan penyakit yang menyerang organ hati manusia. Hati mengalami radangan sehingga membuat fungsi hati, yang sebagai tempat penyaring racun-racun dalam darah, menjadi terganggu. ETC adalah supplement natural dan bukanlah supplement syntetic yang kadang2 tak elok utk hati sbb bebanan lebih. 
.
Ceri Acerola Yang terkandung di Dalam ETC merupakan sumber Vitamin C yang boleh mengurangkan kesan-kesan pencemaran, mungkin melalui kesan antioksidan, membantu detoksifikasi, dan sokongan adrenal dan imun untuk Hepatitis B
.
22.    ETC boleh merawat RESDUNG? Selamat untuk pesakit Resdung atau alergik makanan laut?
kami tiada lagi testimoni Tropical Collagen merawat resdung. Sbb produk ni lebih kpd hormon dan dalaman. Tapi sis boleh cuba sbb ia tidak memudaratkan pesakit resdung atau alergic seafood. Kandungan buah2an 95% dan collagen marin 5% membuatkan ia selamat utk pesakit resdung.
.
23.    Pesakit Kencing Manis boleh ambil ETC?
Boleh kerana kandungan kalori kami yang rendah iaitu hanya 11kcal sahaja. Asid chlorogenik di dalam Ceri Acelora membantu mengurangkan kadar gula dan mengawal tahap glukos dalam darah pada pesakit Kencing Manis “Jenis-II diabetes mellitus.” Ia bukanlah produk yang merawat Kencing Manis secara efektif Cuma ia dapat mengawal dan selemat diambil oleh pesakit kencing manis.
.
24.    Adakah ETC bagus untuk pesakit gout, arthritis, sendi dan tulang?
Ya tapi mengambil masa 4 minggu ke atas untuk pulih secara berperingkat. Pengambilan secara teratur dan disiplin dapat memulihkannya. 
.
25.    Adakah ETC ni berkesan utk bisa tapak kaki/sakit tumit/lutut/sendi? 
Ya. Sangat berkesan dan banyak testimoni telah membuktikannya. ETC membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus yang menyebabkan sakit di antara sendi apabila kita bergerak. Ia juga membantu mempadatkan semula tulang yang mula lopong akibat kekurangan nutrisi kalsium harian dan juga disebabkan oleh faktor usia. Kolagen marine juga membantu mengurangkan radang yang menyebabkan kesakitan di sendi-sendi badan. 
.
26.    Apakah kebaikan ETC pada pesakit Slipped Disc?
Slip disc adalah cakera penyambung antara tulang belakang. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut. ETC membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Gabungan Acelora Ceri dan Marine Collagen merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan boleh mengurangkan risiko Slipped Disc.
.
27.    Apakah kebaikan ETC pada pesakit Psoriasis?
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Kulit bersisik dan berkuping. Ia tidak berjangkit. Kandungan Marigold power extract dan marine collagen sangat baik utk masalah kulit.
.
28.    Bagaimana ETC bertindak utk pesakit tiroid?
Iodine yang terdapat di dalam Hydrolyzed Marine Collagen mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)
.
29.    ETC dan sakit Buah Pinggang.
ETC adalah supplement yang baik untuk mencegah sakit buah pinggang. Kandungan Pine Bark Extract sangat efektif untuk anti-oxidant dan membantu melawaskan kencing serta menjaga buah pinggang. Walaubagaimana pun, ETC bukanlah rawatan khas untuk Sakit Buah Pinggang. Ia selamat untuk diambil oleh pesakit dan ia supplement terbaik sebagai langkah pencegahan. 

 

Kenapa ia selamat utk pesakit buah pinggang?
1.    Ia merupakan serbuk pati kolagen dan anda mendapatkan khasiatnya terus tanpa bancuhan air. Limit minum air yg banyak dapat dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang.
2.    ETC tidak mengandungi kandungan protein yg berlebihan yang akan membebankan buah pinggang untuk pencernaan
3.    Kandungan Vitamin dan Kalsium dlm ETC dapat membantu pesakit buah pinggang yang kekurangan nutrisi semasa proses dialysis dibuat.

30.    Dimanakah tempat simpanan yang paling sesuai untuk ETC?
Di suhu bilik.

 

 

PHOTOS
back to top ⤴